Sabtu, 23 Februari 2013

FARDHU AIN

Indahnya HIDUP bersyariat

ASAS FARDHU AIN:-

BERSUCI 

Islam ialah satu cara hidup yang sempurna syariat nya dan lengkap dengan tatacara pengamalanya.Setelah memahami dengan jelas rukun-rukun Iman dan Islam, perkara lain yang berkaitan dengannya, umat islam dituntut pula menjelmakan segala ilmu yang diketahui itu kedalam beberapa amalan atau perlakuan yang ditetapkan oleh syariat Islam kita.


TAHARAH

TAHARAH ATAU BERCUCI  merupakan satu tugas yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim.Ia adalah asas segala penerimaan sesuatu ibadat.

Andainya seseorang itu mengerjakan ibadat solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada tubuh badan,pakaian dan sebagainya maka solatnya dikira tidak sah.

Apabila solat yang merupakan tiang agama tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian dariapada Allah.


PEMBAHAGIAN AIR :-

Sebelum bab bersuci disentuh dengan lebih lanjut, elok diterangkan mengenai pembahagian air yang boleh dan tidak untuk bersuci.

Begitu air yang boleh diminum dan sebagainya.

PUNCA AIR :-

  1. AIR SUNGAI
  2. AIR LAUT'
  3. AIR HUJAN
  4. AIR PERIGI
  5. AIR EMBUN
  6. AIR MATA AIR
  7. AIR BEKU ATAU AIS.
AIR MUTLAK
(AIR YANG SUCI DAN MENYUCIKAN)

Air yang boleh diminum dan boleh dibuat bersuci samada untuk beristinjak,berwuduk,mandi hadas atau membasuh najis. Air ini ialah air mutlak iaitu air yang benar-benar bersih tulen dan tidak bercampur benda benda lain
.Contohnya :- tidak bercampur dengan minyak,kopi atau sebagainya.

APABILA AIR TULEN YANG LEBIH DARIPADA DUA KOLAH (230 LITER) DIMASUKI OLEH BENDA-BENDA YANG TIDAK MENGUBAH SIFAT AIR, MAKA AIR ITU MASIH LAGI DI ANGGAP SEBAGAI AIR MUTLAK.








AIS








AIR SUNGAI








AIR HUJAN









AIR LAUT

AIR PERIGI

AIR MATA AIR
AIR EMBUN


AIR MUSTAKMAL
(AIR YANG SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN)

Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kacil (berwuduk) atau hadas besar (mandi wajib)

Maksudnya air yang telah digunakan untuk membasuh anggota badan yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai 2 kolah,maka air itu dikira mustaqmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci.Ia hanya boleh dibuat minum atau makan atau membasuh benda-benda yang bukan najis sahaja.Begitu juga sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai 2 kolah.

Sila layari laman web ini sebagai rujukan anda :-



AIR MUSYAMMAS
(AIR YANG MAKRUH DIGUNAKAN)

Air mutlak yang terjemur di tengah panas dalam bekas yang mempunyai karat dan kita gunakan ketika masih panas.

Walau bagaimanapun di Malaysia tidak menjadi makruh kerana kepanasanya tidak terlalu tinggi seperti negara timur tengah  India dan Pakistan.

AIR MTNANAJIS
(AIR YANAG MEMPUNYAI NAJIS)

Air yang kurang dari 2 kolah yang dimasuki najis sama ada air itu berubah atau tidak.Air tersebut dikenali sebagai air mutanajis.Begitupun jika air tersebut lebih dari 2 kolah dan masuk najis maka air tersebut berubah warna dan bau serta rasa air tersebut tiadak boleh dibuat bersuci atau diminum.



MENCELUP KAKI DALAM KOLAM

SERING KESILAPAN BERLAKU DALAM MASYARAKAT KITA,KHUSUSNYA DIKALANGAN ORANG MELAYU YANG BERANGGAPAN MENCELUP KAKI KE DALAM KOLAM MASJID ITU SALAH. SEBENARNYA SETIAP AIR YANG LEBIH DUA KOLAH TIDAK MENGANDUNGI NAJIS BERDASARKAN SAUATU HADIS RASULULLAH YANG BERMAKSUD :-

"Apabila air sampai 2 kolah maka ia tidak mengandungi sebarang kotoran najis."

BERDASARKAN HADIS INI,MAKA TIDAK SALAH MENCELUPKAN KAKI KE DALAM KOLAM SELAGI AIR KOLAM ITU MELEBIHI DUA KOLAH DAN AIRNYA TIDAK BERUBAH.HADIR ITU JUGA MENERANGKAN SEKIRANYA NAJIS TERMASUK KE DALAMNYA DAN AIR ITU TIDAK BERUBAH,MAKA AIR ITU MASI LAGI DIANGGAP SUCI LAGI MENYUCIKAN.



CARA MENYUCIKAN :-

NAJIS MUTAWASSITAH

Najis mutawasitah hendaklah dicuci dengan air mutlak dengan menghilangkan tiga perkara seperti berikut:-
  • Airnya/Zatnya/Warnanya
  • Baunya
  • Rasanya
Ketiga-tiganya hendaklah dihilangkan tetapi sekiranya telah di usahakan dengan bersungguh-sungguh masih tidak hilang maka tidaklah diwajibkan meneruskannya lagi kerana Allah SWT tidak memberati seseorang,kecuali sekadar mampu olehnya.


Darah Sembelihan

Darah yang terdapat dalam daging yang dianggap sebagai najis ialah darah yang mengalir.Sekiranya tidak mengalir, darah itu tidak dikira najis.Umpamanya, bagi binatang sembelihan, darahnya masih mengalir. Tetapi darah yang masih berada di dalam daging yang tidak mengalir, setelah binatang itu tidak bernyawa lagi tidak dikira najis.

NAJIS MUHGALLAZAH

Najis Mughallazah ialah najis berat iaitu najis Babi dan Anjing. Segala perkara yang ada hubunganya dengan kedua-dua binatang tersebut seperti tahi,kencing.daging,kulit dan sebagainya dikira najis mughallazah.Ini termasuk juga anak yang dilahirkan oleh salah satu daripadanya.




Cara Menyucikan :-
Apabila seseorang terkena tahi atau tersentuh kulit binatang tersebut,hendaklah ia membasuhnya sebanyak  7 kali.Salah satu daripada basuhan itu hendaklah air itu dicampur dengan tanah.Sebelum itu hendaklah dihilangkan perkara yang berkaitan dengan warna,bau dan rasa.


Menyentuh anjing dan babi :- Menyentuh kulit anjing yang kering dengan tangan yang kering tidak dikira najis.Apabila salah satunya basah,maka dikira najis.Tetapi hal ini berbeza dengan BABI. Kulit babi tetap dikira najis walaupun kering.

ISTINJAK


ISTINJAK IALAH MENGHILANGKAN NAJIS YANG TERDAPAT PADA KEMALUAN SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL ATAU AIR BESAR.



HUKUK ISTINJAK

Hukumnya wajib sama ada dengan air atau batu tetapi menggunakan kedua-duanya sekali adalah lebih afdal (baik).

1. Beristinjak dengan batu:-

Beristinjak dengan batu atau dengan alat-alat lain yang keras seperti kulit kayu begitu jarang diamalkan kerana kita mempunyai kemudahan air.

Walau bagaimanapun kadang kala kita terpaksa menggunakan batu,jika berlaku kemarau atau sukar memperoleh air.

SYARAT-SYARAT BERINTINJAK
  • NAJIS ITU TIDAK BERALIH DARI TEMPAT ASAL
  • NAJIS MASIH BELUM KERING
  • TIDAK ADA BENDA-BENDA ASING YANG MELEKAT DI KEMALUAN
Beristinjak dengan  batu hendaklah (wajib) dengan cara 3 kali sapu walaupun menggunakan batu yang sama tetapi hendaklah menggunakan 3 penjuru.Sekiranya belum bersih hendaklah diulang.

PERKARA SUNAT BERISTINJAK DENGAN BATU

  • DISUNATKAN BERISTINJAK DENGAN BILANGAN GANJIL SAMA ADA 3,5 ATAU 7 KALI DAN SETERUSNYA.
  • DISUNATKAN JUGA MENGGUNAKAN TANGAN KIRI


BERISTINJAK DENGAN AIR

Beristinjak dengan air samalah juga dengan menggunakan batu tadi.Hendaklah dibersihkan sehingga hilang bau,warna dan rasa.
Dalam hal ini memang menjadi masalah untuk mengetahuinya.Untuk memastikanya adalah dengan tangan anda.Apabila dirasa kesat bermakna dubur itu telah bersih.

Sebaik-baiknya selesai beristinjak maka disunatkan membaca :-

"ya allah bersihkan hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kejelekan(kekotoran)"

ADAB BERISTINJAK

Semasa melakukan istinjak, kita dilarang menggunakan tangan kanan.Apabila selesai melakukan istinjak dan ketika keluar dari tandas dahulukan kaki kanan,untuk bergerak memuji allah yang telah menghilangkan penyakit.



























6 


Perkara Allah S.W.T Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah ituJibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


    "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

    Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.


    "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

    Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
    Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."

    Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

    Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

    "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

    Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

    Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan.

    Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

    Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

    Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

    Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

    Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

    Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu)
    .
    Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.