Nur...........
Isnin, 17 Jun 2013
Rabu, 15 Mei 2013
Fardhu Ain
Ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Kifayah dari segi bahasa bermaksud ‘mencukupi’ dan ‘memadai’. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.
Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.
Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.
Pengetahuan terhadap prinsip halal dan haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana dengan itu dia akan mengetahui perkara yang menjadi fardhu ain yang menjadi fardhu kifayah.
Fardhu ain bermaksud perkara yang wajib bagi setiap orang Muslim dan ia mencakupi dua perkara:
Pertama:
Mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia berupa beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang baik dan jahat. Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Ini adalah apa yang dinyatakan di dalam hadith Ibn ‘Umar yang disepakati kesahihannya yang bermaksud:
‘Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi sesiapa yang mampu melakukannya.’
Begitu juga mesti mengetahui usul-usul muamalat yang perlu dan mesti wujud di dalam kehidupan setiap orang Muslim untuk bertukar ganti manfaat barangan, menyuburkan kehidupan bermasyarakat dan menstabilkannya seperti halalnya jual beli, meminjam, bersyarikat, ketentuan perwarisan, juga hukuman-hukuman yang telah dinaskan terhadap jenayah seperti hukuman murtad, membunuh, zina, qazaf, mencuri, hirabah dan hukuman meminum arak.
Kedua:
Mengetahui perkara haram yang qat’i dan menafikan agama seperti syirik kepada Allah, pengharaman menderhaka kepada kedua-dua ibubapa, menipu, khianat, memakan harta dengan batil, riba, merampas, menipu (putar belit), pengharaman membunuh, zina, qazaf, mencuri, minum arak, pengharaman mendedahkan aurat, wanita-wanita yang menjadi mahram di dalam perkahwinan, pengharaman memakan bangkai, memakan daging babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah kecuali bagi mereka yang terpaksa.
Fardhu Kifayah ialah perkara yang apabila dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka gugurlah kewajipan terhadap manusia yang lain seperti mengetahui perkara secara terperinci tentang sesuatu fardhu ain, hukum-hukum cabangnya dan dalil-dalilnya daripada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qiyas ataupun dalil-dalil lain yang mengikutinya, juga mengetahui seluruh perkara yang diperlukan oleh umat yang mana mereka tidak akan bangun tanpa kewujudannya.
Perkara ini bukanlah sekadar perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syariah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya, tetapi ia menjangkau kepada semua ilmu, kepakaran, pekerjaan dan perindustrian.
Al-Imam al-Ghazali telah menulis suatu bab tentang ilmu yang terpuji dan ilmu yang keji, bahagian-bahagian dan hukum-hukum kedua-duanya. Beliau menjelaskan apa yang fardhu ain dan apa yang fardhu kifayah. Dinyatakan di dalam bab ini di bawah tajuk ‘Penjelasan tentang ilmu fardhu kifayah’:
‘Ketahuilah bahawa fardhu itu tidak dapat dibezakan daripada yang selainya melainkan dengan disebutkan bahagian-bahagian ilmu. Ilmu apabila disandarkan kepada fardhu yang akan kita bahagikan ini terbahagi kepada ilmu syariah dan ilmu yang bukan syariah. Maksud saya terhadap ilmu syariah ialah ilmu yang kita perolihi daripada para Nabi a.s. Ia tidak dihasilkan oleh akal seperti ilmu perubatan dan juga tidak diperolihi melalui pendengaran seperti ilmu bahasa. Ilmu–ilmu yang bukan syariah terbahagi kepada ilmu yang terpuji, ilmu yang dikeji dan kepada ilmu yang diharuskan.
Ilmu yang jadi fardhu kifayah ialah semua ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain.
‘Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya ilmu tentang prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu kifayah seperti ilmu perladangan, tekstil dan pengurusan. Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka akan cepatlah kehancuran negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan kerana mereka akan berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan ubat tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut. Oleh itu tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu tersebut.’
‘Manakala ilmu yang dianggap sebagai suatu kelebihan dan bukan kefarduhan adalah seperti mendalami perkara-perkara yang amat halus lagi rumit tentang ilmu matematik, hakikat-hakikat perubatan dan sebagainya yang tidak terlalu diperlukan. Tetapi ia memberi faedah untuk menambahkan kekuatan daripada kadar yang diperlukan.
‘Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna. Dan ilmu yang diharuskan ialah seperti ilmu-ilmu syair yang berfaedah, ilmu-ilmu sejarah dan yang seumpamanya.’
Isnin, 13 Mei 2013
Sabtu, 23 Februari 2013
FARDHU AIN
Indahnya HIDUP bersyariat
ASAS FARDHU AIN:-
BERSUCI
Islam ialah satu cara hidup yang sempurna syariat nya dan lengkap dengan tatacara pengamalanya.Setelah memahami dengan jelas rukun-rukun Iman dan Islam, perkara lain yang berkaitan dengannya, umat islam dituntut pula menjelmakan segala ilmu yang diketahui itu kedalam beberapa amalan atau perlakuan yang ditetapkan oleh syariat Islam kita.
TAHARAH
TAHARAH ATAU BERCUCI merupakan satu tugas yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim.Ia adalah asas segala penerimaan sesuatu ibadat.
Andainya seseorang itu mengerjakan ibadat solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada tubuh badan,pakaian dan sebagainya maka solatnya dikira tidak sah.
Apabila solat yang merupakan tiang agama tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian dariapada Allah.
PEMBAHAGIAN AIR :-
Sebelum bab bersuci disentuh dengan lebih lanjut, elok diterangkan mengenai pembahagian air yang boleh dan tidak untuk bersuci.
Begitu air yang boleh diminum dan sebagainya.
PUNCA AIR :-
AIS
AIR SUNGAI
AIR HUJAN
NAJIS MUTAWASSITAH
Najis mutawasitah hendaklah dicuci dengan air mutlak dengan menghilangkan tiga perkara seperti berikut:-
Darah Sembelihan
ASAS FARDHU AIN:-
BERSUCI
Islam ialah satu cara hidup yang sempurna syariat nya dan lengkap dengan tatacara pengamalanya.Setelah memahami dengan jelas rukun-rukun Iman dan Islam, perkara lain yang berkaitan dengannya, umat islam dituntut pula menjelmakan segala ilmu yang diketahui itu kedalam beberapa amalan atau perlakuan yang ditetapkan oleh syariat Islam kita.
TAHARAH
TAHARAH ATAU BERCUCI merupakan satu tugas yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim.Ia adalah asas segala penerimaan sesuatu ibadat.
Andainya seseorang itu mengerjakan ibadat solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada tubuh badan,pakaian dan sebagainya maka solatnya dikira tidak sah.
Apabila solat yang merupakan tiang agama tidak sah maka ibadat-ibadat lain juga turut tidak mendapat perhatian dariapada Allah.
PEMBAHAGIAN AIR :-
Sebelum bab bersuci disentuh dengan lebih lanjut, elok diterangkan mengenai pembahagian air yang boleh dan tidak untuk bersuci.
Begitu air yang boleh diminum dan sebagainya.
PUNCA AIR :-
- AIR SUNGAI
- AIR LAUT'
- AIR HUJAN
- AIR PERIGI
- AIR EMBUN
- AIR MATA AIR
- AIR BEKU ATAU AIS.
AIR MUTLAK
(AIR YANG SUCI DAN MENYUCIKAN)
Air yang boleh diminum dan boleh dibuat bersuci samada untuk beristinjak,berwuduk,mandi hadas atau membasuh najis. Air ini ialah air mutlak iaitu air yang benar-benar bersih tulen dan tidak bercampur benda benda lain
.Contohnya :- tidak bercampur dengan minyak,kopi atau sebagainya.
.Contohnya :- tidak bercampur dengan minyak,kopi atau sebagainya.
APABILA AIR TULEN YANG LEBIH DARIPADA DUA KOLAH (230 LITER) DIMASUKI OLEH BENDA-BENDA YANG TIDAK MENGUBAH SIFAT AIR, MAKA AIR ITU MASIH LAGI DI ANGGAP SEBAGAI AIR MUTLAK.
AIS
AIR SUNGAI
AIR HUJAN
AIR PERIGI
AIR EMBUN
AIR MUSTAKMAL
(AIR YANG SUCI TETAPI TIDAK MENYUCIKAN)
Air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas sama ada hadas kacil (berwuduk) atau hadas besar (mandi wajib)
Maksudnya air yang telah digunakan untuk membasuh anggota badan yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai 2 kolah,maka air itu dikira mustaqmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci.Ia hanya boleh dibuat minum atau makan atau membasuh benda-benda yang bukan najis sahaja.Begitu juga sekiranya air basuhan wajib menitis ke dalam air yang tidak sampai 2 kolah.
Sila layari laman web ini sebagai rujukan anda :-
AIR MUSYAMMAS
(AIR YANG MAKRUH DIGUNAKAN)
Air mutlak yang terjemur di tengah panas dalam bekas yang mempunyai karat dan kita gunakan ketika masih panas.
Walau bagaimanapun di Malaysia tidak menjadi makruh kerana kepanasanya tidak terlalu tinggi seperti negara timur tengah India dan Pakistan.
AIR MTNANAJIS
(AIR YANAG MEMPUNYAI NAJIS)
Air yang kurang dari 2 kolah yang dimasuki najis sama ada air itu berubah atau tidak.Air tersebut dikenali sebagai air mutanajis.Begitupun jika air tersebut lebih dari 2 kolah dan masuk najis maka air tersebut berubah warna dan bau serta rasa air tersebut tiadak boleh dibuat bersuci atau diminum.
MENCELUP KAKI DALAM KOLAM
SERING KESILAPAN BERLAKU DALAM MASYARAKAT KITA,KHUSUSNYA DIKALANGAN ORANG MELAYU YANG BERANGGAPAN MENCELUP KAKI KE DALAM KOLAM MASJID ITU SALAH. SEBENARNYA SETIAP AIR YANG LEBIH DUA KOLAH TIDAK MENGANDUNGI NAJIS BERDASARKAN SAUATU HADIS RASULULLAH YANG BERMAKSUD :-
"Apabila air sampai 2 kolah maka ia tidak mengandungi sebarang kotoran najis."
BERDASARKAN HADIS INI,MAKA TIDAK SALAH MENCELUPKAN KAKI KE DALAM KOLAM SELAGI AIR KOLAM ITU MELEBIHI DUA KOLAH DAN AIRNYA TIDAK BERUBAH.HADIR ITU JUGA MENERANGKAN SEKIRANYA NAJIS TERMASUK KE DALAMNYA DAN AIR ITU TIDAK BERUBAH,MAKA AIR ITU MASI LAGI DIANGGAP SUCI LAGI MENYUCIKAN.
CARA MENYUCIKAN :-
NAJIS MUTAWASSITAH
Najis mutawasitah hendaklah dicuci dengan air mutlak dengan menghilangkan tiga perkara seperti berikut:-
- Airnya/Zatnya/Warnanya
- Baunya
- Rasanya
Ketiga-tiganya hendaklah dihilangkan tetapi sekiranya telah di usahakan dengan bersungguh-sungguh masih tidak hilang maka tidaklah diwajibkan meneruskannya lagi kerana Allah SWT tidak memberati seseorang,kecuali sekadar mampu olehnya.
Darah yang terdapat dalam daging yang dianggap sebagai najis ialah darah yang mengalir.Sekiranya tidak mengalir, darah itu tidak dikira najis.Umpamanya, bagi binatang sembelihan, darahnya masih mengalir. Tetapi darah yang masih berada di dalam daging yang tidak mengalir, setelah binatang itu tidak bernyawa lagi tidak dikira najis.
NAJIS MUHGALLAZAH
Najis Mughallazah ialah najis berat iaitu najis Babi dan Anjing. Segala perkara yang ada hubunganya dengan kedua-dua binatang tersebut seperti tahi,kencing.daging,kulit dan sebagainya dikira najis mughallazah.Ini termasuk juga anak yang dilahirkan oleh salah satu daripadanya.
Cara Menyucikan :-
Apabila seseorang terkena tahi atau tersentuh kulit binatang tersebut,hendaklah ia membasuhnya sebanyak 7 kali.Salah satu daripada basuhan itu hendaklah air itu dicampur dengan tanah.Sebelum itu hendaklah dihilangkan perkara yang berkaitan dengan warna,bau dan rasa.
Menyentuh anjing dan babi :- Menyentuh kulit anjing yang kering dengan tangan yang kering tidak dikira najis.Apabila salah satunya basah,maka dikira najis.Tetapi hal ini berbeza dengan BABI. Kulit babi tetap dikira najis walaupun kering.
ISTINJAK
ISTINJAK IALAH MENGHILANGKAN NAJIS YANG TERDAPAT PADA KEMALUAN SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL ATAU AIR BESAR.
Beristinjak dengan batu atau dengan alat-alat lain yang keras seperti kulit kayu begitu jarang diamalkan kerana kita mempunyai kemudahan air.
ISTINJAK
ISTINJAK IALAH MENGHILANGKAN NAJIS YANG TERDAPAT PADA KEMALUAN SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL ATAU AIR BESAR.
HUKUK ISTINJAK
Hukumnya wajib sama ada dengan air atau batu tetapi menggunakan kedua-duanya sekali adalah lebih afdal (baik).
1. Beristinjak dengan batu:-
Beristinjak dengan batu atau dengan alat-alat lain yang keras seperti kulit kayu begitu jarang diamalkan kerana kita mempunyai kemudahan air.
Walau bagaimanapun kadang kala kita terpaksa menggunakan batu,jika berlaku kemarau atau sukar memperoleh air.
SYARAT-SYARAT BERINTINJAK
- NAJIS ITU TIDAK BERALIH DARI TEMPAT ASAL
- NAJIS MASIH BELUM KERING
- TIDAK ADA BENDA-BENDA ASING YANG MELEKAT DI KEMALUAN
PERKARA SUNAT BERISTINJAK DENGAN BATU
- DISUNATKAN BERISTINJAK DENGAN BILANGAN GANJIL SAMA ADA 3,5 ATAU 7 KALI DAN SETERUSNYA.
- DISUNATKAN JUGA MENGGUNAKAN TANGAN KIRI
BERISTINJAK DENGAN AIR
Beristinjak dengan air samalah juga dengan menggunakan batu tadi.Hendaklah dibersihkan sehingga hilang bau,warna dan rasa.
Dalam hal ini memang menjadi masalah untuk mengetahuinya.Untuk memastikanya adalah dengan tangan anda.Apabila dirasa kesat bermakna dubur itu telah bersih.
Sebaik-baiknya selesai beristinjak maka disunatkan membaca :-
"ya allah bersihkan hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kejelekan(kekotoran)"
ADAB BERISTINJAK
Semasa melakukan istinjak, kita dilarang menggunakan tangan kanan.Apabila selesai melakukan istinjak dan ketika keluar dari tandas dahulukan kaki kanan,untuk bergerak memuji allah yang telah menghilangkan penyakit.
6
Perkara Allah S.W.T Sembunyikan
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah ituJibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal."
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:
Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu)
- .
Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Langgan:
Catatan (Atom)





